1.
TARIAN SUMAZAU
Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya
dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia
dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak,
untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan
perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang
perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang. Penari-penari Sumazau
yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba
hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas.
Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang
diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya
akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad
kering. Tarian
ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan
dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan
wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan
langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama
lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan
di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan
"Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai
padi.
2.
TARI LANSARAN
Merupakan tarian
traditional suku kaum Murut. Tarian lansaran ini biasanya ditarikan di lantai
khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah
rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang
berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring".
Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan
dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang
berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian
diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna.
Penari
tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran
dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai
lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai
"kinkilat" (singkowoton) yang digantung di bahagian atas sambil
bersorak tanda gagah.
Kemuncak
tarian lansaran ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali
silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut
kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di
medan pertempuran.
3.
TARIAN KUCING HOMO
tarian ini sudah lama
menghilang, dan saat ini sedang di galakan lagi di kerajaan agar tarian ini
bisa eksis kembali. Awalnya tarian ini hanya sekedar hobi tapi lama kelamaan
menjadi hiburan para wisatawan yang ingin melepaskan rasa lelah. Tarian ini
hanya di mainkan oleh para lelaki malay agar sesuai dengan nama nya TARIAN KUCING HOMO.
4.
TARIAN CINTA SAYANG
Tarian Cinta Sayang merupakan
sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari yang menggambarkan
keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan
selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.
5.
TARIAN DALING-DALING
Tarian Daling-daling merupakan
tarian traditional bagi suku kaum Βajau dan Ѕuluk juga amat terkenal. Tarian
Daling-daling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan
"gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang
dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya.
Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya
memperlihatkan keunikan tarian Daling-daling ini.
6.
TARIAN INAI
Tari Inai atau Terinai merupakan
sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini adalah tarian istana yang
ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia
dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan
duduk diatas pelamin.
Tarian Inai ini popular di Perlis,
utara Kedah dan Kelantan. Tarian Inai ini jarang dipersembahkan berbanding
tarian istana yang lain, disebabkan ia dikhusus bagi peristiwa tertentu seperti
perkahwinan, berkhatan, dan pertabalan diraja.
Tarian ini mempunyai asal istiadat
dan memiliki pergerakan jari dan tangan yang rumit dalam pergerakan tari
bulatan yang berterusan. Ia mempunyai gabungan pergerakan tarian yang terdapat
dalam Mak Yong, Silat dan kedudukan akrobatik yang dikenali meliuk, dalam mana
penari membongkokkan badan kebelakang sementara berdiri dengan muka memandang
kelantai. Pada masa lalu, tarian ini dipersembahkan oleh dua lelaki.
7.
TARIAN INANG
Tarian Inang merupakan versi moden
bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan
di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola
dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang
berwarna-warni.
8.
TARIAN LESUNG INDIK BERAS BERTAMPI
Tarian Lesung Indik Beras Bertampi
berasal dari kawasan Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Tarian ini berpandukan kepada
pergerakan orang menanam dan menuai padi. Tarian ini berdasarkan penggunaan
lesung yang dinamakan lesung indik. Pada lesung indik terdapat bahagian yang
dinamakan alu yang digunakan untuk menghancurkan beras. Sementara indik pula
merupakan tempat pemijak. Bahagian yang paling sukar untuk dibuat ialah bahagian
cupak dan pasung.
9.
TARIAN PELADUK
Tarian Pelanduk berasal daripada
Bukit Bentung, Kuala Lipis, Pahang. Tarian ini menggambarkan bagaimana
pemburuan pelanduk dilakukan oleh penduduk kampung. Ia menggambarkan bagaimana
orang-orang kampung pada masa dahulu memburu pelanduk. Mereka mereka pergi
memburu dengan menggunakan parang dan mengunakan daun terap bagi memanggil
pelanduk
10.
TARIAN MAGUNATIP
Tarian Magunatip adalah sejenis
tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah.
Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud
menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan
ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk
menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.
Biasanya tarian ini tidak
memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan
menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini
merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk
menghormati tetamu.
Berikut ini adalah artikel mengenai tarian Malay yang berasal dari
halaman
11.
TARIAN SARAH
Tarian Sarah merupakan
sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai
irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini
terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki
sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo
lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini
membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan
berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh
penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk
penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan
di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian
ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.
12.
TARI MAK YONG
Tarian Mak Yong yang
berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja
wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian
ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan
gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu
13.
JOGET
Tarian yang paling
terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan
gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi
Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
14. TARIAN LILIN
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-gerik yang penuh dengan kelembutan
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-gerik yang penuh dengan kelembutan
15.
ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
16.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan
berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta
oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama
di Perlis, Kedah,Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan
melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian
ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini
diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
17.
TARIAN GAMELAN
Tarian
klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula
di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun
1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul
Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada
Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas
Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni
putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif
oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan
terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara
estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang
paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu
18. KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.
19. TARI PIRING
Di Malaysia, tarian piring dipersembahkan ketika majlis
perkahwinan terutama bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah
kampung. Tarian ini biasa dilihat di kawasan Seremban,Kuala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu. Ada yang dipersembahkan dengan
pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran akan
dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. 10
- 20 minit diperuntukkan untuk persembahan tarian ini.
Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar
rumah. Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan
tarian piring. Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima
kehadiran kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan.
Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya gadis-gadis sahaja.
20.
TARIAN ULIK MAYANG
Tarian Ulik Mayang ini
berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini
mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang
penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai
persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih
dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan.
Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang.
Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
21.
TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan
sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja
Kelantan dan Patani.Asyik
bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat
lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang
penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan
tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik
ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai
besar di Istana.
Dari segi sejarah
(Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam
tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari
dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan
gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya
dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk
bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak
laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah
pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya
ditarikan oleh inang remaja di istana.
22.
ULEK MAYANG
Ialah tarian tradisional Melayu pra-Islam yang berasal dari negeri Terengganu , Malaysia. Ia merupakan sejenis
tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra
Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian.
23.
TARIAN CIK SITI WAU BULAN
Pada
musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan
seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan
lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi
nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda
bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam
gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.
24.
TARIAN CERACAP INAI
Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya
di Johor.
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian
istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam
sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur
'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula
kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan
hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan
erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya
ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh
penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita
sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat
terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar